Selamat Datang

Selamat Datang ke blog saya. Blog ini masih di dalam penyelenggaraan dalam menjadikannya ceria dengan warna-warna putih dan hitam. Dengan moto; Blogku expresiku, semoga anda dapat mengenali saya dengan positif and kritis. Apekejadah semuanya ini?LOL

>> Selasa, Februari 09, 2010

Aku bukanlah jenis orang yang gemar untuk bercerita pasal hal peribadi. Namun, post kali ini hanya memusing sedikit volume suara jeritan batinku. Still it have the common with the other's.
MyEm0.Com

Jeritan batin. Ayat ini pertama kali aku dengar semasa study Bio-kom di UiTM dulu. Ianya berkaitan apa yang kita rasa dalam hati, tapi tak dapat diluahkan oleh kerana beberapa sebab tertentu. Teringat pada kawan lama yang jeritan batinnya ingin melaung-laung "jangan la gangu aku time aku nak main game dan menonton series" terutama aweknya.

MyEm0.Com


Antara jeritan batin aku adalah, apabila melihat akan orang-orang diluar sana yang so-called "ON-MISSION". Aku cemburu dengan mereka2 yang ada visi dan misi dalam hidup, yang dilihat sudah menemui tujuan untuk hidup, ada sesuatu yang diperjuangkan dan senada dengannya.
Apabila direflek diri kembali, aku masih tiada perjuangan yang spesifik. Walau mengerti akan manusia adalah sebaik-baik kejadian dan menjadi khalifah di muka bumi, namun, aku still "empty inside". Aku percaya yang senada jeritan batin dengan ku ini ramai, namun, seakan-akan akulah yang paling menderita menyaksikan kelompangan hati dan semangat membara yang sepatutnya diisi dengan misi, visi, objektif dan operasi.

MyEm0.Com
Dengan harapan agar pekerjaan sebagai Pembantu penyelidik dan its environment, mampu menemukan aku apa yang menggembirakan, dan semestinya gembira yang dicari adalah gembira abadi. Takna la gembira siang malam berduka, hari ini suka esok derita.

MyEm0.Com

Antara lainnya, aku sangat inginkan six packs pada perut yang tak pernah lekang dari berbentuk bulat besar. Rasanya pada hari ini, hampir 2 minggu aku makan sikit pada setiap hari, jogging 6 kali seminggu, kecuali hari ahad, dan aku masih menunggu bilakah six packs pertama akan muncul di perut ini.

MyEm0.Com
Mengenangkan akan quote dari kawan seperjuang semasa di UiTM, "buncit adalah simbol kekayaan". Sememangnya, orang kaya banyak duit untuk membeli makanan sedap-sedap dan semestinya banyak. Akibat dari senang hati orang kaya menghitung duit mereka yang banyak, maka mereka tidak risau pasal kewangan dan mereka tidur dengan senang hati setiap hari. Oleh itu buncit lah perut mereka. Inilah agakan aku kenapa orang kaya berperut buncit.

MyEm0.Com
Juga teringat akan quote dari mane entah, namun agak sentap menyentap bunyinya. "badan cantik mana pun tak bawa ke kubur". Betul-betul, sangatlah betul. Tapi aku menerimanya bukan sebagai pembantut usahaku mendapatkan six pack. Juga membaca dari sebuah majalah, "wanita prefer perut bertona(bersix packs)berbanding tangan lelaki yang sasa.

MyEm0.Com
Peli tetapi benar, takkan la aku nak tayang six pack untuk mengorat wanita. Pokok pangkalnya, wanita cair dengan ayat-ayat power lagi berperisa dari lelaki, nak nak lelaki yang berdandan. betul ke?

MyEm0.Com
walau apa pun, six packs aku still tak timbul-timbul. Maka, pada akhirnya, aku menyampah push up, sit up dan up up up tu semua, aku pegi Pizza hut makan pizza puas-puas.Lepas tu nyesal kerna tidak berjaya melawan nafsu makan, sedih, pilu dan dalam masa yang sama bersendawa kesyukuran atas makanan dikurnia Ilahi.

MyEm0.Com

Banyak lagi kot jeritan batin, pasal member2 yang dah kawen, member2 yang bergaji tinggi, kawan2 yang kaki duitan, itu dan ini, bla da bla. Apa2 pun esok adalah Selasa, dan aku harap betapa buruk, dangka, sengal, lampi dan huduhnya diriku, aku tetap percaya aku adalah best, baik, cemerlang, yakin boleh, dan akulah raja kepada dunia aku.

MyEm0.Com
Tak kesah la, orang tu hensem macam mane pun, akademik die flying color macam mane pun, mahupun dajal mane pun orang itu, aku harap aku dapat melakukan apa yang terbaik dalam segala apa yang aku buat ke depan ini. Aku tahu yang dugaan sebenarnya sudah pun bermula dan dugaan semakin detir berkadaran terus dengan masa. Tak dapat nak bayangkan macam mana hidup aku jika aku berterusan kalah dan gagal dalam cobaan dugaan dan ujian ketika ini.

MyEm0.Com

Sekian bloggers
acap ahmad
mahu tido....zzZZzzZZzzZZ
MyEm0.Com

Read more...

>> Isnin, Februari 08, 2010

just read more...

MyEm0.Com



Tadi idea melimpah-limpah datang nak menulis blog, asalnya mahu sampai berpuluh-puluh perenggan. Tapi,semuanya hilang dek kerana mood untuk menulis kian pudar. Agak sedih juga lah kerana baru je nak apply words baru tahu.

MyEm0.Com

Walau ape pun, hari ni makan mee segera dari pagi tadi. Pagi makan mee hun perisa tomyam, tgh hari makan mee hun perisa sup dan malam jugak makan mee hun perisa sup. Semua ini atas alasan malas nak tanak nasi dan goreng ikan mahupun ayam, apatah lagi masak sayur dan menumbuk cili.

MyEm0.Com

Bercadang pada Rabu ini merempit ke Shah Alam, meninggalkan motosikal di seksyen7, dan pergi camping bersama pelajar undergraduate yang membuat thesis final dan prof2 serta beberapa rakan sejawat di Taman Negara, Pahang. Bestnye camping tapi nervous la.

MyEm0.Com

Apa apa pun, azam yg dah keberapa dalam tahun 2010 ni, mahu jadi lebih confident, kuat, beringat dan tabah dan tidak mudah terpengaruh dengan orang lain.

MyEm0.Com

Sekian blog
acap ahmad

Read more...

Persevearance

>> Jumaat, Januari 29, 2010

PERSEVERANCE...

pernah dengar perkataan ni?
Pada mulanya aku mengejanya "preserverance" dan mengandaikan ianya bermaksud seperti bertahan lama, seperti apa yang kita simpan dalam peti ais.

Tetapi, sebenarnya, ertinya amatlah besar dalam kehidupan kita, selari dengan sesungguhnya Manusia itu tidak sempurna. Perseverance, Interview, Kepercayaan dan 2010 is began!



Permulaannya, saya mendapat SMS daripada Cik Hazmiza, merangkap bekas pelajar Bio-Komposit Teknologi, pelajar Master dan staff UiTM, yang berbunyi; "ang nak krj lg tak?"

Satu haram aku tak faham ape erti SMS itu, dengan singkatan sukar difahami dan aku membayangkan SMSnya bersuara telo Kedah atau utara kerana Cik Hasmiza orang Kedah. Aku andaikan, Mija menanyakan aku yang adakah aku masih bekerja atau tidak lagi bekerja atau mahukan kerja.

Maka aku pun menghantar resume kepada e-surat seperti apa yang Mija minta. Asalnya aku tidaklah meletakkan harapan yang menggunung tinggi keatas tawaran ini dek kerana Mija kata;


"tapi kena compete sikit la, ramai yang mintak"

Maka, dalam pada aku menolong mak menebas semak samun di Kampung Lebak Temerloh Pahang, aku menerima panggilan daripada pihak Pusat Perancangan Strategik,PPS UiTM, mengatakan aku diterima untuk menghadiri temuduga untuk posisi pembantu penyelidik.

Tidak mengiraukan latar belakang posisi tersebut, seperti tangga gaji, job scope dan sebagainya, aku terus tekad untuk pergi kerana aku sangatlah "desperate".

Menumpang di rumah 516, blok 40, perumahan PKNS, yang pernah aku duduki, maka proses grooming dan sedikit revision menjadi senang. Penghuni asal, Wan, Panjang dan Amer (perintis) dan helmi, dan beberapa lagi ahli baru menjadi penghuni di rumah ditingkat lima itu. Lelah semput naik tangga sampai k tingkat 5 dah lama aku tak rase.



Kemudian, pada hari yang dijanjikan, aku pun pergi ke Canseleri UiTM. Maka, kelihatan beberapa calon-calon temuduga termasuklah 5 orang dari bekas pelajar Bio-Komposit.


Habis sahaja temuduga, lepak-lepak jap dengan budak2 yang masih menunggu giliran. Lepas tu balik seksyen 7. Lepas tu gi makan dengan SW yang bekerja di north port. Pastu lepak semalam di rumah sewa. Esoknya pulang ke Pahang pada pukul 9 pagi.

Sahaja aku meringkaskan post kali ini kerja masih terlalu awal untuk dikongsi bersama. I mean, it will be better for me to tell, if I already got the position. betul tak? LOL


Selamat Beramal
acap.

Read more...

HD

>> Rabu, Januari 20, 2010

Masa lapang. Apa anda buat pada masa lapang? Pro and Cont antara duduk di Lembah Klang dan Luar Bandar. Facebook dan kehidupan. Guitar akustik dan chord pertama. Hectic in 2010.......>>>>



Assalamualaikum.


Semestinya pada post kali ini adalah untuk bercerita tentang kehidupan aku. Semestinya.Saya mulakan perapuan ini dengan hal High Definition(HD)telivisyen. Dalam iklan tv gempak semua pasal HD, terutamanya ASTRO dengan produk ASTRO BEYOND. Baru sekarang bagi sesiapa yang mampu mahupun gila T boleh mengalami beyong the TV. Secara turutan, negara-negara di USA dan timur-timur sudah awal dalam 3 4 bulan dalam HD technology. 


Namun di Malaysia, kita dipasarkan dahulu dengan HD capacity telivision. Maka, adalah kawan aku tu yang telah membeli TV HD jenama LG. Bangga sungguh die. Bila semua dah setup, wah, konon-kononnya gambar yang terpancar di kaca screen TV die tu HD la. Walaupun jelas kelainannya dengan tv sebelumnya,lebih jelas, lebih terang dan lebih besar, tapi ianya bukan HD. Sebab dia tidak mendapat siaran HD yang semestinya mempunyai gelombang siaran yang berbeza. Jika dilihat ianya tidak pun memenuhi kata-kata orang; gambarnya seakan-akan real dan benar.

Juga pasal iklan ASTRO Beyond yang ditayangkan di Astro. Apabila sampai babak membandingkan antara SD dan HD, aku pelik, macam mane die boleh memaparkan yang HD sedangkan itu adalah siaran SD?. Namun, info yang paling berguna adalah, HD channal needs different channel wave, HD screen TV technology, different channel receptor(antenna disc) and for sure all of these need MONEY. So, if one or your frew proudly announce about their HD TV, ask them;are you using HD channel?. Or else, the brighter and clear picture on the screen is just below of the TV capacity and you frends just got fool by the Marketing Strategy by TV sellers.

Juga antara lainnya syarat-syarat HD adalah shooting camera. Maka kenalah aku memperjelaskan mengenai PIXEL, resolution dan sebagainya dan semangnya aku sarankan untuk bertanya kepada en. google mahupun Dr. Wikipedia.hehe. Semestinya Handycam tak
akan menghasilkan HD video.

Daripada kita meninggikan definisi TV, baik kita naikkan definisi hiduo kita. Define your life. The details. Kalo kita tgk tv, kita nampak sejelas-jelasnya ape yang dipaparkan. Kalau kita nak tgk diri sendiri dengan HD, so-called Moment of the truth, baru lah kita tahu siapakah siri kita sebenarnya, dari segala kebaikan yang mendapat pujian, hinggalah kepada dirty little secret yang disorok dari pengetahuan orang lain. Allah Maha Mengetahui.

OK guys, ingatkan nak tulis banyak lagi pasal kehidupan seorang yang membosankan ini, tapi rase cam nak makan kuew ti yaw goreng pulak.

Adios for now!

ACAP...

Read more...

>> Sabtu, Januari 09, 2010

konflik nama 'ALLAH'

Gereja dibakar, surau di curah air kencing....



Ade kemungkinan semua ini adalah dilakukan oleh org asing yg ingin menangguk di air yg keruh...aku still yakin dengan orang mesia...musuh negara inilah yg perlu dibasmi...

acap

Read more...

Pihak Gereja tak berhak menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan akhbar Herald

>> Jumaat, Januari 01, 2010

Isu penggunaan perkataan Allah dalam akhbar gereja...



read more di DAT in Focus...

Read more...

Menjaga Agama

>> Khamis, Disember 31, 2009

Hadith Rasulullah SAW dipetik dari buku Arbain An-Nawawiyah, susunan Imam Nawawi, Hadith ke-6, dijudulkan "Menjaga Agama", dialunkan dalam lagu oleh Muas.



Adalah baiknya jika kita kembali kepada asas agama. Semoga hadith ini menjadi tazkirah di alam maya ini kepada para pembaca, dalam pada kita menuju 2010.





Dari Abu Abdillah An-Numan bin Basyir RA. berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, antara keduanya terdapat yang samar yang tidak diketahui oleh banyak umat manusia. 
Barangsiapa menjaga diri dari hal-hal yang samar itu, maka ia telah menjaga agama dan harga dirinya, dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara samar, maka ia telah jatuh dalam wilayah haram, seperti seorang penggembala yang mengembala di sekitar dearah terlarang, sedikit lagi ia akan masuk ke dalamnya. 
Ketahuilah setiap raja itu mempunyai daerah terlarang. 
Ketahuilah sesungguhnya daerah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya.
Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu terdapat segumpal daging, bila ia baik maka baiklah seluruh jasad itu, dan bila ia rosak maka rosaklah pula seluruh jasad itu, Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati".

(HR Bukhari dan Muslim)



Read more...

This is the summary



This is the rest of the post

Read more...

bangun tido

>> Isnin, Disember 28, 2009

People said, 'if you fail to plan, it means you plan to fail'. In saying this, it really reflects himself, and most of people who about to do something or in the middle of something.That quote was playing again and again in his mind when he comes to in making decision planning for his career. That day was a fine normal day. Once he woke up from his bed place after he had took nap after performing solat subuh, he quickly laid



Salam

People said, 'if you fail to plan, it means you plan to fail'. In saying this, it really reflects himself, and most of people who about to do something or in the middle of something.That quote was playing again and again in his mind when he comes to in making decision planning for his career. That day was a fine normal day. Once he woke up from his bed place after he had took nap after performing solat subuh, he quickly laid his hand on and push his finger on his laptop's touch pad in order to activate the dark screen. On the spur of the moment, the screen shined with modest light showing the desktop view and the tiny numbers as well. The digital clock was so tiny as usual. However, his tight eye lips made him could not see the 4 digit numbers clearly. He tried to wide his eyes as much he can. He dragged his eyes to the left bottom corner of the screen, following the moving cursor arrow as his finger was sliding on the touch pad. Few moments after that, the number gradually appeared till he saw the numbers clearly and knew that he had over slept. It was 11am in the morning. The time was just a normal daily time for him. However, the unusual feeling engulfed himself like the light ray from windows above him, shined all over the room. The worry feeling leaded him to think on and wonder in something but he didn't know what it was. He looked back at the virtual clock. Below it showed the day and the date descriptions. At that time, he immediately knew that 2009 was about went its end and the most imminent and pressing thing was to find a job or more accurately, a career. In that short moment, he got burden dropped suddenly on his head. Alas, that matter really went at wrong time. Excusing himself, he quickly trowed away the heavy duty of his mind and instantly stood up from the bed. His bed is mattress-less. It Just covered by a piece of carpet and lot of pillow. He chose to sleep on carpet as if had been choosen to avoid over slept in night....


testing testing...

alahai...aku kene byk bace lagi kot
plan nak buat ayat melenkolik sket
tapi tak berape nak jadik

kui kui kui

acap

Read more...

secawan teh

>> Sabtu, Disember 26, 2009

salam

tadi aku minum secawan teh DIY
cap ape aku tak ambik kesah sangat
tetibe je aku nak buat sajak pasal teh
time free nilah aku nak buat sajak
tahun depan nak dah datang
sampai je tahun 2010



salam

tadi aku minum secawan teh DIY
cap ape aku tak ambik kesah sangat
tetibe je aku nak buat sajak pasal teh
time free nilah aku nak buat sajak
tahun depan nak dah datang
sampai je tahun 2010
aku akan jadi sibuk macam ayam

terimalah




Secawan teh


Secawan teh
Bisa diminum pada pagi dan petang
Hirupan pertama sentiasa memanaskan saluran nafas
Rasanya sekata menenangkan jiwa
Dalam pahit ada manis rasanya
Dalam manis rasanya ada ubatnya
Dalam ubatnya sentiasa mampu merawat rasa resah
Melapangkan minda dari kekusutan harian
Cawannya diangkat erat penuh santun
Berjaga-jaga supaya tidak tumpah

Air tehnya yang panas pantas-pantas dihirup
Diminum juga pernuh berjaga-jaga

Penuh berhati-hati supaya bisa tidak mencederakan gigi bibir
Ketika beradanya teh di dalam rongga mulut
Rasanya mula sebati diatas lidah
Rasa di lidah cuma permulaan penuh kenikmatan
Tatkala teh ditelan dengan penuh hormat santun
Disitulah teh bermaharajalela
Rasa indah khayal berkuasa
Memberi syahdu gembira dari tekak hingga ke hati
Dengan harapan agar badan sihat sentiasa segar


Secawan teh

Dihirup terus dihirup
Mesti dihabiskan secawan teh

Tidak boleh sama sekali membazirkan rasa yang penuh nikmat
Panas teh semakin menghilang di penghujung rasa
Juga airnya kian sedikit
Sehinggalah ketitisan terakhir air teh ditelan dengan perlahan
Badan yang sejuk terus segar dengan ramuan teh
Menghilangkan kecamuk diminda mahupun penyakit angin di badan
Enak sungguh secawan teh
Sungguh dikagumi kuasa Ilahi
Hanya kejadian cebisan dedaunan teh
Bisa membuat hambaNya tenang
Bagai berapa di surga dunia
Alhamdulillah rabbi alam semesta



Killing time habit in raining evening
acap

'mai secawan'

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP